INDAHNYA DIRI SAYA :)

My photo
Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
Siapa saya?nama saya yang tertera diatas...jadi saya nak ucap terima kasih kepada awak yang sudi menghabiskan masa untuk membaca semua isi kandungan blog saya.awak memang budak baik!!!heheh...tapi lepas ni,jangan segan untuk berkunjung lagi..insyaallah pasti kita akan tetap bertemu... :)

Monday 5 December 2011

MAAFKAN ZAUJAHMU...

"Abang,saya minta maaf jika saya tak akan pernah mencintai abang sampaii bila-bila."
Dengan nada perlahan dan sedikit tegas,sofea solehah tidak berpaling sedikit pun ke arah Saif Ariz yang dari tadi asyik menanti layanan daripada Sofea Solehah isteri kesayangannya.Siaf Ariz terpaksa menerima semua itu.Perlahan Sofea keluar meninggalkan Saif keseorangan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Johan,kau ingat tak,budak perempuan yang kite jumpa dekat bank tadi?dia budak sekolah kita kan?"
"Yang mana satu,??ramai sangatlah perempuan yang cantik dekat situ."
"hmmm...ala kau ni,payah betul nak ingat!!!menyampah aku!!!"
"kenapa??kau nak bagitahu aku yang kau dah jatuh cinta pada dia?"

Saif tidak menjawab pertanyaan Johan,malah dia diam dan terus meneruskan tugasannya.
Saif Ariz seorang penuntut Di Uiversiti Putra Malaysia dalam falkulti pengajian pendidikan(Bacelor pendidikan-bimbingan dan kaunseling).Seorang anak muda lepasan STPM  yang mempunyai kehidupan yang sederhana.Saif seorang yang sangat berketerampilan dan caranya itu memudahkan dirinya didampingi oleh ramai gadis.Mempunyai rupa paras yang kacak dan kemas,menjadikan dirinya sebagai lelaki idaman di falkulti tersebut,namun begitu,hati Saif tidak selembut baldu dan tidak semudah-mudahnya dia mencari cinta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Sofea???"
Sofea Solehah terkejut apabila namanya di sapa.Dia pun mengangkat kepalanya dan mendapati yang menyapanya itu adalah Saif Ariz,insan yang sangat di a kenali.Sejak Sofea menghabiskan peperiksaan STPM ,dia telah pergi meninggalkan kampung halamannya untuk mencari pengalaman baru dalam pengurusan perniagaannya.

"Saif !!awak belajar sini??sorry,saya tak perasan."
"Yealah sofia,siapa lah ak perasan pada lelaki hina macam saya ni.Lelaki kampung,lelaki kolot,bukan gadis secantik awak yang menjadi tumpuan ramai jejaka."
"Saif!!apa awak cakap ni?awakkan kawan saya,macam mana awak,awak tetap kawan saya.Saya tak suka tahu awak cakap macam tu."
Saif melihat jam di tangannya,menunjukkan jam 8.00 pagi.
"Sofea,ada kelas hari ni?"
Sofea hanya meggelengkan kepalanya,lantas tersenyum.
"Kita breakfast di cafe,Saif pun tak ada kelas,just datang pulang buku di library tadi.Kebetulan Sofea pun free ,dan kita pun dah lama tak berbual."
"Kalau macam tu,boleh kot,lagi pun Sofea free.Saif tunggu Sofea di sini,Sofea nak pergi pulang buku sekejap.okey?"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Saif,kita keluar makan tempat lain boleh tak???"
Sofea mengambil keputusan untuk mengubah tempat makan,Sofea tidak selesa berada di Cafe tersebut,tambahan pula di situ ada beberapa orang senior yang tidak Sofea suka.
"Oiii!!!!siapa nama kau???Saif Ariz???hahahahahaha...weh!!!kau ni junior je di UPM ni,jangan beranganlah..nak belagak keluar dengan Sofea.Cermin muka kau tu dulu,layak kau dengan dia??"
"Encik Daniel,walaupun awak senior di sini,jangan nak tunjuk lagak awak sangat boleh.Awak tidak ada hak untuk halang dia keluar dengan sesiapa pun,just for your information,aku pun tak teringin nak keluar dengan laki kacak macam kau,tapi hati binatang!!!"
Sofea menyimbah segelas air ke muka Daniel.Daniel semakin angin dengan sikap Sofea yang melampau.Daniel adalah senior kepada Sofea,selaku teman bisnes yang sudah lama tergila-gilakan Sofea.
"Saif,tak guna awak layan lelaki jahanam macam dia!!!"

Sofea menghidupkan enjin kereta Mazda3 miliknya,dan meinggalkan kereta proton saga Saif berhampiran dengan cafe tersebut.Mazda3 meluncur laju,menghilangka ingatan Sofea kepada kejadian sebentar tadi.Sofea terlupa akan kewujudan Saif Ariz di sebelahnya.

"Saif,kenapa awak senyap?"
"tak,saya tak nak menambahkan tekanan di kepala awak."
Sofea hanya ketawa kecil melihat gelagat Saif yang seperti ketakutan dengan keadaan itu.
"Saif,Sofea minta maaf ,if sikap Sofea,menganggu pertemuan kita ni.Tadi tu partner sofea.dia memenag macam tu.janga risau ok?"

"Saif ambil jurusan apa ya?"
"Falkulti pendidikan."
"Sofea,Saif nak tegur sikit boleh tak?"
"apa?"

Saif hanya terdiam dan menggelengkan kepalanya.
"Saif tak nak bagitahu??"
Perbualan mereka terhenti apabila telefon bimbit Sofea berbunyi.Saif seperti sedikit tidak selesa dengan keadaan itu,kelihatan jam sudah menunjukkan jam 10 pagi,pelbagai perasaan yang timbul di hati Saif.Saif seorang yang sangat jarang untuk keluar bersama dengan perempuan di waktu sekolah,mahupun di waktu biasa.
"okey!!kita dah sampai"
Kelihatan sebuah restoran mewah bertentangan dengan Mazda3 milik Sofea.
Kelihatan seperti diri Saif sangat kerdil dalam kalangan mereka di kawasan itu.
"Saif,awak janganlah macam ni.semua kawan-kawan saya di sini okey je.awak lagi kacak dari mereka.Awak pernah jaji dengan saya waktu sekolah hari tu kan,yang awak akan still tolong saya,dan awak dah pun tolong saya,jadi tak salahkan saya pinjamkan diri saya untuk bersama dengan awak..."

"Encik Saif!!Encik Saif!!!Encik Saif!!!!"
Saif Ariz tersentak apabila namanya dipanggil berulang kali oleh pembantu rumahnya.Terlalu lama Saif Ariz termenung mengenangkan peristiwa manis disaat dia bersama isterinya dulu sebelum Sofea berubah menjadi diri orang lain setelah peristiwa,hatinya dipermainkan oleh seorang lelaki yang tidak mempunyai hati perut,meninggalkan janji manis dan akhirnya dimungkiri.

"ya,kenapa kak Esah panggil saya?"
"Puan nak keluar,dia nak Encik Saif hantarkan dia ke Midvalley."
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Saif!!!!cepatlah sikit!!!I  dah lambat nie!!!petang ni nak ke sekolah lagi!!!!"
Bergegas Saif bangun dan mencapai kunci kereta setelah mendengar panggilan isterinya dari luar.Saif seorang yang sangat penyabar.Tindakan Saif seperti tidak menampakkan dirinya sebagai seorang suami.Tetapi atas kerana rasa sayang Saif terhadap Safea,maka dituruti juga kerenahnya........

Kenderaan empat roda dipacu dengan laju,suasana dalam kereta seperti dingin,sepi tanpa sepatah bicara selain hanya kedengaran lagu krisdayanti,I'm sorry good bye.
  "Petang ni you pergi dengan I ok...lagi pun you jangan nak berangan nak suruh I bawa kereta sendiri.Balik ni you tolong hantar kain pasang yang ada atas katil bilik I ke butik ok...??I nak pergi beli barang ni."

Tidak ada sepatah kata pun,melainkan Saif hanya mampu tersenyum dengan perintah isterinya.Saif amat menyayangi Sofea.Namun,kasih sayang yang cuba ditunjukkan oleh Saif langsung tidak mendapat perhatian daripada Sofea,inikan pula inginkan penghargaan,terlalu jauhlah.Saif dan Sofea tinggal dalam satu bumbung yang sama,namun mempunyai pendirian yang berbeza,sepanjang mereka mendirika masjid bersama,Saif tidak pernah mendapat layanan yang baik daripada seorang isteri.Adakah aku tersalah memilih pasangan atau aku yag tidak layak untuk Sofea??persoalan yang seing terbayang dan hadir dalam pemikiran Saif.

"Saif!!!you berhentikan I depan Avon tu."
Apabila kereta dipandu berhenti,Sofea terus beredar tanpa berkata apa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika semalam,
terlalu sukar untuk aku mengapai bintang,
dan tika itu juga,
aku berusaha untuk mengapai bintang yang tinggi,
saat aku telah mengapainya,
aku sangka,
kau satu nya bintang yang miliknya punya aku,

Malang,saat aku cuba untuk membelaimu,
dalam dakapan mesraku,
kau telah dicuri awal oleh orang lain,
malang,
saat itu,hati aku dihiris oleh perlakuan aku,
dimana agaknya aku berada,
dimana agaknya aku...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~\

"Sofea,saya ada perkara nak cakap pada awak"
sambil tersenyum...
"Saif ,sayang,..apa yang awak nak bagitahu saya.tanya je ok??"
"Sofea,sudi...sudikah awak..."
"Sudi apa saif??awak ni macam-macam lah...hahahahahah"

Belum sempat Saif menghabiskan hasrat hati yang terpendam Daniel datang menghampiri.Ketika itu adalah hari terakhir mereka menjejak kaki ke menara gading.selepas itu,mereka akan membawa haluan masing-masing.Saif cuba untuk meluahkan rasa kasih sayang dan cintanya kepada Sofea,pada hari konvokesyen tersebut,tanpa disedari,Sofea telah menguris hati seorang insan walaupu ketika itu,saat yang sangat bahagia.Sofea tanpa rasa bersalah,mengakui bahawa sofea dan Daniel mempunyai hubungan lebih daripada seorang sahabat.Hancur,berkecai musnah harapan yang didukung oleh Saif,yang dipendam olehnya,tapi sayang,akhirnya menghampiri kedukaan.Namun,ketika itu,Saif menyembunyikan perasaan sedihnya..

 "Saif,awak masih ingat Daniel kan?"
Saif hanya menganggukkan kepalanya dengan muka yang tenang.
"2 bulan lagi,dia aka menjadi tunang saya,dan merangkap bakal suami saya!"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dalam perjalanan pulang,dia sempat meronda dikawasan taman rekeasi,kelihatan mesra pasangan 2 mempelai itu berbahagia.
"agaknya,bilalah aku dapat merasakan rasa bahagia dan mempunyai anak seperti mereka.Saif Ariz,Sofea Solehah cinta pertama kau,kau perlu jaga dia."
Saif Ariz bermonolog sendirian.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"hai,sofea,kau seorang sahaja?laki kau mana??"
"hello,kau ada nampak orang lain ke tepi aku,layak ke husband aku tu jalan dengan aku?"
"kau ni Sofea,buruk mana pun dia kau kena terima dia sebagai suami kau,.tak ke syurga isteri di telapak kaki suami."
"dah lah,aku malas nak cerita pasal dia,lagi pun dah cukup beruntung aku pilih dia..,"

kawan-kawan sofea hanya mampu mengelengkan kepalanya melihat gelagat dan perlakuan sofea.
sikap sofea yang agak kurang ajar ,membuatkan tanggapan negatif diberi oleh rakan-rakan yang lain.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Mama,sofea dah tak nak jumpa dengan Daniel lagi,.Hati sofea sakit mama.sakit!!!!!!!!!!!!!"
"Sofea,sabarlah,mama nak buat macam mana kalau dah jadi macam ni?"
"mama tolonglah bagitahu papa ,yang sofea memang tak nak kahwin dengan lelaki dayus macam tu."
"sofea,kan persiapan semua dah siap.kamu tahu sendirilah perangai papa.tak akan dia nak nya batal kan semua ni."

sofea berlari dari dalam rumah,dan mencapai beg tangan serta kunci kereta mazdanya.Sofea sememangnya tidak bersetuju untuk dinikahi dengan Daniel ,setelah Sofea melihat kelakuan tidak senonoh Daniel bersama dengan perempuan lain di belakangnya.Sofea tahu,jurai keturunannya yang berasal dari keturunan pepatih nan sebatang akan membawa keuntngan kepada dirinya kerana bakal berpihak kepadanya segala harta.Daniel juga akan tinggal bersama keluarganya kerana secara umumnya diketahui keturunan negeri sembilan mengamalkan adat pepath yang lebih berpihak kepada sebelah jurai keturunan ibu.Namun,hati gadis mana yang mampu menanhan rintih derita yang belum pasti mengapai bahagia dalam saat sofea terpaksa berkongsi dengan wanita lain.

"Assalamualaikum."

"waalaikumussalam,boleh saya tahu siapa ni?"

"ni saif ariz ke?"

"ya saya bercakap."

"Saif,Sofea ni,saya nak jumpa awak sekarang.Awak dimana?"

"Sofea Solehah???"

Saif seperti terkejut dengan panggilan yang diterimanya daripada seorang gadis yang pernah dicintainya.Pertemuan mereka telah pun menjadi satu sejarah yang amat bermakna bagi Saif Ariz.Pernikahan Sofea dan Daniel yang cuba dibatalkan ,membawa kejutan dalam keluarga sofea.Apabila Sofea bertemu dengan Saif,Sofea begitu berani menawarkan diri untuk dinikahi oleh Saif Ariz,sedangkan Sofea tahu bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang isteri kepada sahabat sendiri dan tanggungjawab sebagai seorang isteri akan berubah menjadi tanggungjawab seorang ibu dan lama kelamaan sofea semakin buntu,lantas membuat satu keputusan yang drastik.

"Saif,sebenarnya,saya ada perkara nak dibincangkan dengan awak."

Kelihatan wajah Sofea seperti kesedihan dan penuh dengan penderitaan.Sebagai seorang guru kaunseling ,Saif amat mengenali watak psikologi stiap orang yang berinteraksi dengannya.

"kenapa dengan awak Sofea??"

"awak nak kahwin dengan saya?
"
"sofea????!!!!!"

"Sofea serius ni."
"Sofea Solehah,kahwin bukan perkara yang senang."
"senang je,akad dah sah."
Perlakuan Sofea seperti mendesak,Saif semakin tertekan dengan tindakan Sofea yang mendesak.

"Saya tidak akan menikahi awak."

"tapi kenapa Saif???"

"Awak tidak mungkin mencintai saya,dan saya tidak rela untuk membiarkan diri saya diperkotak katikkan oleh awak."

"YaAllah,siapa pula nak jadi kan awak cina buta??tak,saya betul-betul nak kahwin dengan awak."

"saya pelik dengan perangai awak."

"tak.itu buakn persoalannya,sekarang awak cakap setuju or tidak.Lepas kita kahwin saya bagitahu kenapa.sekarang dah lewat,saya ada kelas,kira awak setuju,jadi hari sabtu ni,kita nikah,hantaran semua saya sediakan,kalau awak tak cukap duit nikah ..hmmm...sekejap...(mengeluarkan buku cek daripada beg tangannya).Okey ,ni jumlah wang nikah yang saya inginkan,just keluarkan sahaja dari akaun saya.Saya dah lewat.Kira jadi ok?"




No comments: