INDAHNYA DIRI SAYA :)

My photo
Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
Siapa saya?nama saya yang tertera diatas...jadi saya nak ucap terima kasih kepada awak yang sudi menghabiskan masa untuk membaca semua isi kandungan blog saya.awak memang budak baik!!!heheh...tapi lepas ni,jangan segan untuk berkunjung lagi..insyaallah pasti kita akan tetap bertemu... :)

Monday 19 August 2013

Dipagi SYAWAL....

assalamualaikum,

hmm..sekian lamanya saya menyepi,kali ini saya ingin mengucapkan selmat hari raya kepada semua ..rasanya macam masih belum terlambat..lambat tak lambat ramadhan telah pun berlalu,syawal pun sudah menemui kemuncak penghujung..

macam mana dengan perayaan tahun ni,meriahkah?saya juga tidak melepaskan peluang untuk menyambut syawal yang telah berkunjung tiba pada awal ogos yang lepas...

pada tahun ini saya menyambut syawal di kelantan.yea..walaupun dulu2 ade org kata kat kelantan ni raya tak best tapi kini kebanyakannya perayaan di sana hampir serupa dengan perayaan di negeri2 lain jugak..tetap meriah dengan kunjungan rakan taulan dan sanak saudara.

sebenarnya hari raya ni adalah hari di mana masa yang paling sesuai untuk kita yang lama terpisah bertemu kembali dan merapatkan atau menjalinkan kembali ikatan perhubungan yang kian lama telah terputus.


sebut pula mengenai sikap saling bermaafan..kita ni memang dah selalu sangat buat salah silap kan?jadi kita boleh lah saling maaf bermaafan sesama kita di hari raya yang mulia..ok...penarangan serba sedikit mengenai aidilfitri..baiklah..beralih kembali kepada kisah sayawal saya pada tahun ni...

tahun ni kata mak dan ayah kami bertema ungu..purple katanya..heheh..so,2 minggu sebelum raya memang dah sibuk mencari persiapan hari raya..baju raya,kuih raya,langsir raya..pelbagai jenis barang raya semuanya main2 tunjuk je..sekrang semuanya dah ade yang ready make..buat ape lah nak menyusahkan badan..tambahan lagi di zaman yang ekonomi agak tinggi ni..hmm...so,malam raya baru balik kelantan..bila dah malam menjelma..macam2 lah ade tepi jalan yang membuat saya sekeluarga rasa nak beli semua..kuih lelong pun ada..heheh..

hmm..raya tahun ni tak meriah mana lah..sebab nenek aku sakit..dia lumpuh...namun aku mula mampu tersenyum bila melihat nenek aku sudah perlahan2 menunjukkan perubahan atau eningkatan potensi untuk kembali seperti sedia kala..wuallahualam..:)

ok lah,nak cerita sal ape lagi..ohhh..pagi raya?memandangkan..kebanyakan daripada sepupu aku yang lain balik pada hari raya pertama dri destinasi masing2 maka tahun ni aku lah sibuk di pagi hari raya untuk menyiapkan juadah...tak lah kalot sgt..coz kebanyakan makanan rumah sepupu aku dah sedia..so,juz hidang kuih2 raya dan aku bersiaplah untuk bertandang ke rumah sahabat2 dan saudara mara..hmmm..belum sempat nak cabut lari start enjin kereta..berderu mai datang rumah..jadi..di hari pertama jadi cam suri rumah tangga sepenuh masalah..heheh..walau sesibuk mana sekali pun...kamera sentiasa di tangan..ahahha...

hmmm...serooklah raya..adakah aku akan bergembira seperti ini untuk tahun akan datang???

jadi saya kongsikan bersama foto2 di hari raya 2013....
selamat hari raya!!!!!!