INDAHNYA DIRI SAYA :)

My photo
Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
Siapa saya?nama saya yang tertera diatas...jadi saya nak ucap terima kasih kepada awak yang sudi menghabiskan masa untuk membaca semua isi kandungan blog saya.awak memang budak baik!!!heheh...tapi lepas ni,jangan segan untuk berkunjung lagi..insyaallah pasti kita akan tetap bertemu... :)

Sunday 31 July 2011

SAAT AKU BERNAFAS UNTUK MU............

Mendung mentari yang tadinya membahang telah berarak meninggalkan aku keseorangan,terdiam aku tanpa sepatah

bicara ,mencari sebuah nur yang hilang dalam hati yang terbuku tak terungkap bicara.Saat aku mula mengenal cinta,aku terlalu teruja dan taksub dengan cinta,bila aku kecewa,aku kecewa sehingga hilang segala semangat aku.

Kemana perginya??bertahun aku mencari cinta yang hilang,namun tak juga kunjung datang.

Mengeluh tidak dapat menghilangkan gelisah,ada yang kata,insan,cukuplah kecewakan hati kau sendiri dengan cinta,cukuplah menghitung bicara cinta yang berakhir dengan kecewa yang memamah satu persatu jiwa engkau

.Biarlah cinta itu datang sendiri.
Kicauan burung sentiasa membuat aku terkenang semalam aku,saat diawal perkenalan seperti tidak terlihat sembilu yang menyelit,namun dipertengahan rupenya sembilu memanah tanpa sebarang isyarat.itulah cinta.

aku pernah bermonolog,sungguh cinta itu hadir untuk aku dan dia,tapi...akhirnya aku yang kecewa..nak atau tidak itulah cinta.


Allah sengaja pertemukan aku dengan insan yang aku sayang tetapi,aku kecewa diakhir perjuangan,Allah sengaja pertemukan aku dengan cinta saat aku harus berjuang pada jalan yang lain,untuk mengajar aku erti kesusahan dan dugaan dalam kehidupan.

Insan itu tak pernah sempurna,menampakkan kita dengan kesempournaan hanya dari kaca mata nafsu semata-mata.

huh!!!kadang-kadang aku mengeluh sedang aku tahu aku perlu menerima semua hakikat ini..

Aku kerap berangan-angan untuk mengapai bulan dan mentari yang tinggi,sedang dahan pepohon pun belum sempat aku gapai.mencari nur disebalik rimbunan pepohon,terjumpa aku sarang kebahagiaan,

terlihat bahagia dalam rimbunan gelapnya cinta.
Itu sia-sia sayang..

Aku lemahkan kepercayaan aku,hingga aku terduduk pada menyembah kaki aku sendiri,sedang aku tahu,aku tak perlu pada keadaan ini.

GELAP!!GELAP!!!GELAP!!!
Mana terangnya hidup dengan cinta.Siapa yang mampu berbicara tentang bahagianya cinta???
SIAPA?SIAPA?SIAPA????

LaIlahailallah...hina sangatkan aku???

Lihat disana...masih ada yang melambai cintamu...

Lihat disana masih ada yang berniat untuk kecewakan mu....

Lihat!!!!Lihat INSAN!!!!!! 
DIsana juga masih ada insan yang mencintaimu...  <3 <3 <3 <3 <3 <3

_______________________________________                              ______________________________________

Disebalik cermin mimpi aku melihat engkau....dan didalam engkau aku melihat aku,

Ternyata kita adalah sama,

di arena mimpi yang penuh bermakna


BILA BULAN BERSATU DENGAN MENTARI ,BAYANG-BAYANGKU HILANG DISELUBUNGI KERDIL NURANI.
________________________________________            ________________________________________________

hanya keyakinan yang dapat merestui hakikat cinta yang sejati...

Insan bergelar lelaki,saat aku gundah dengan persoalan hati,saat aku sunyi tanpa teman,

Kau juga pernah satu ketika hadir dalam anganku...

tapi dulu aku juga berkata,tidak mungkin insan itu untuk aku,...

TAPI...............TAPI.....................TAPI...................TAPI.............TAPI.....................

Kau telah memesongkan semua tanggapanku,

Saat disini kita kembali bertemu,
   Maaf sungguh pada awal aku dingin dengan pintamu,
tak berniat menyakiti hatimu...

tetapi kenangan semalam yang mengajar aku tawar dengan cinta...

sungguh saat ini Allah telah pertemukan kita,sungguh ALLAH Telah memberi kita peluang,
sungguh Allah juga telah memberi kita ruang,sungguh ALLAH mengerti perasaan kita,sungguh Allah memberi dugaan buat kita,kita harus terima semuanya untuk kebahagiaan kita kelak....


walau raga terpisah jauh,
namun hati kita selalu dekat.
hIDUPlah mekar seperti kuntuman mawar,walau ia layu pada esok atau lusanya ...
namun ia tetap menawan hati seorang insan ketika mekarnya,
dan ketika mekar mawar itulah,aku juga hanya bernafas untukmu..........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~--------------------------------------~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saturday 2 July 2011

Cerpen : Eee...geramnya aku!

Aku menghempas kasar beg tangan di atas meja kopi kesayangan mama. Mata mama membulat memandang perbuatan kasarku ke atas meja kesayangannya.

“Adelia Nadhirah! Jangan buat macam tu. Habis bercalar nanti meja ni. Dahlah mama beli mahal ni.”ngomel mama sambil tangannya mengelap-ngelap permukaan meja.

Aku dari nak marah tadi dah mula rasa nak ketawa. Macam meja tu anak mama pula.

“Meja je kot. Mama ni sayang sangat benda-benda macam ni. Adelia ni mama tak sayang pula.”rajukku.

“Siapa kata mama tak sayangkan Adelia?”

“Kalau mama sayang Adelia,mama takkan suruh Adelia kahwin dengan orang yang Adelia tak suka.”pancingku. Mama memandang muka papa di sebelah. Nampaknya jeratku mengena. Lepas ni tak payahlah kena kahwin dengan anak kawan mama dan papa yang aku tak suka tu.

“Sebab mama sayangkan kamu lah mama nak kamu kahwin dengan Luqman. Budak tu baik. Hormat orang tua. Kerja pun tetap.”puji mama. Naik kembang tekakku dengar. Nampaknya umpanku tidak mengenalah!

“Masalahnya,orang tak suka dia. Papa pun tak sayang orang nampaknya.”suaraku berubah sayu. Inilah taktik terakhirku untuk menarik simpati mama dan papa.

“Papa pun macam mama. Sebab sayanglah kami nak kamu kahwin dengan Luqman. Papa takkan suka-suka nak bagi anak pada lelaki yang entah apa-apa. Luqman tu baik. Tengoklah mummy dengan daddy dia macam mana.”puji papa pula. Aku tepuk dahi. Astaghfirrullahalazim! Baik sangat ke mahkluk Tuhan yang bernama Luqman tu?

“Orang tetap tak suka! Mama dan papa kahwinkanlah si Luqman tu dengan kak Aniss. Buat apa pula nak jodohkan dengan orang.”rungutku.

“Kak Aniss kamu tukan dah bertunang. Buang tabiat apa nak jodohkan dia pula. Nanti apa kata tunang dia. Kamu tu yang tak ada teman lelaki lagi. Kerja nak menyopping nak menghabiskan duit.”tegur mama.

“Tak baiklah mama ni. Orang suka shopping pun sebab ikut perangai mama lah. Orang tetap tak nak kahwin dengan dia.”aku buat keras. Belum sampainya aku nak kahwin-kahwin ni.
“Degillah budak sorang ni.”keluh mama.

“Papa dan mama dah pergi jumpa keluarga Luqman tu. Dah berbincang pun nak kahwinkan kamu dengan Luqman. Keluarga dia tak ada pun yang membantah. Semua setuju je. Kamu ni je yang susah sangat kenapa?”papa pula bersuara.

“Orang tak kenal dia. Orang tak suka pun dia.”

“Belum kenal mana tahu suka ke tak. Cuba jumpa dulu. Mama dengan papa kawan baik mummy dengan daddy dia tau. Kalau tak jadi ni malu kami. Takkanlah kamu nak membujang sampai ke tua.”

“Mama ni,orangkan muda lagi. Baru nak masuk 25 tahun.  Yang mama dengan papa kalut sangat yang orang tak kahwin ni kenapa? orang sendiri pun okey je.”

“Kamu tu perempuan. Kalau tak kahwin nanti orang mengata pula. Tahu-tahulah pandangan orang sekarang. Mama tak nak kamu atau Aniss lalui semua tu. Mama tak nak anak-anak mama dipandang serong.”

“Sampai ke situ pula mama ni.”sedih aku tengok mama bersuara dan bermuka lirih begitu.

Aku kena fikir baik-baik ni! Susah betullah bila nak bangkang cakap mama dan papa ni. 
Sebagai anak tak baik kalau kita ingkar arahan mereka. Tak nak lah jadi anak derhaka. Hish! Dah macam adegan dalam novel-novel melayu pula. Aku pandang muka orang tuaku yang penuh harapan menggunung.

“Yalah,yalah. Tapi,orang nak jumpa Luqman tu dulu.”putusku. Mama dan papa terus tersenyum lebar sampai ke pipi. Aku pula sudah menangis tak berlagu dalam hati. Adelia! Iklas,ikhlas. Bisikku sendiri.

“Terima kasih sayang. Nanti mama beritahu auntie Latifah yang kamu nak jumpa Luqman.”
Aku hanya mengangguk lemah. 

Kaki sudah melangkah naik ke atas. Dalam fikiranku sudah terbayang yang segala aktiviti shopping-menyoppingku akan terbatas selepas ini. Argh!! Itu tidak akan terjadi. Biar sejuta Luqman datang pun aku takkan biarkan aktiviti harianku yang satu itu terkubur begitu sahaja. Aku terus berlalu ke bilik air untuk mandi dan bersolat asar.

Aku melangkah perlahan ke meja makan. Mama dan papa juga baru tiba bersama kak Aniss. Satu-satunya kakakku itu sekarang bekerja sebagai jururawat di sebuah klinik swasta milik tunangnya.

“Kak Aniss tak keluar ke hari ni?”soalku sambil duduk di sebelahnya.

“Tak.”sepatah kakakku itu menjawab.

“Mana abang Faris? Selalu kak Aniss keluar dengan dia.”

“Malam ni dia ada hal. Yang Adelia banyak sangat tanya ni kenapa?”

“Saja je nak tanya. Takkan itu pun tak boleh?”aku memuncungkan bibir.

“Mama dah call auntie Latifah. Luqman tak boleh nak jumpa kamulah. Dia sibuk sekarang.”

Aku mencebik. Wah!belum ada apa-apa si Luqman tu dah nak eksyen. Entah-entah dia pun tak setuju dengan rancangan pernikahan ni. Mama dengan papa ni saje je buat cerita kot yang semua keluarga Luqman tak ada bantahan. Sekarang sudah terbukti lelaki itu tidak bersetuju! Kalau dia setuju mesti dia nak jumpa dengan aku.

“Mama,Luqman tu sebenarnya tak setuju kan dengan rancangan ni?”soalku ceria.

“Ish! Mana ada. Auntie Latifah kata dia awal-awal lagi dah setuju tau. Budak tu memang mendengar kata.”

Sekali lagi aku mencebik. Tak habis-habis nak memuji si Luqman tu. Apa baik sangat ke perangainya?

“Kalau dia setuju mesti dia nak jumpa dengan orang.”

“Kan mama dah kata tadi yang dia sibuk. Dia banyak kerja tu.”

“Entah-entah sibuk ke benda lain. Mama ni main percaya je cakap orang. Luqman tu sebenarnya bukannya baik sangat. Dia tak nak jumpa Adelia sebab takut mak we dia marahlah tu.”jawabku selamba. Selagi ada peluang untuk batalkan rancangan ni selagi itu aku akan berusaha.

“Pandai-pandai je Adelia ni. Tak baik cakap orang macam tu.”tegur kak Aniss.

“Kak Aniss pernah ke jumpa Luqman tu?”soalku.

“Tak pernah. Tapi kalau mama dengan papa dah kata dia baik,mesti confirmlah dia memang baik. Tengok auntie Latifah dengan uncle Hamdan. Mereka baik gila. Anaknya mesti baik juga.”

“Tak semestinya. Ada juga mak ayah baik tapi anak tak. Luqman tu mesti macam tu. Entah-entah girlfriend keliling pinggang. Mana kita tahu kan.”aku meluahkan pendapatku lagi. Tak puas hati betul bila semua orang nak sebelahkan si Luqman tu. Eee..geramnya aku!

“Adelia,Adelia. Tak baik tuduh orang macam tu. Papa tak suka tau.”tegur papa. Aku hanya diam.

“Luqman tu memang sibuk kerja. Auntie Latifah kata yang Luqman tu belum ada girlfriend lagi. Tapi,dia memang tak boleh nak jumpa kamu. Ni nombor phone Luqman. Kamu kalau nak kenal-kenal cakap guna telefon jelah ye. Nanti baru jumpa orangnya.”mama meletakkan sehelai kertas di depanku.

Aku membaca nombor yang tertera. Digi! Mak ai. Aku guna maxis je. Takkan aku pula yang nak kena call. Mahallah macam tu.

“Tak naklah. Dahlah dia guna Digi. Habis topup orang nanti.”

“Kalau berbelanja yang bukan-bukan tu tak apa pula. Ni setakat berapa sen je kalau call. Jangan kamu ingat nak batalkan pula rancangan ni ye. Siang tadikan kamu dah setuju.”

“Tak nak. Mama suruh Luqman tulah yang call orang. Diakan baik. Takkan setakat berapa sen tu pun dia nak berkira kan.”ujarku selamba. Tangan mama cepat sahaja mencubit lenganku. Sakitnya!

“Kerja nak menyindir je. Mama cili mulut tu baru tahu.”ugut mama.

Cepat sahaja aku menggelengkan kepala. Papa dan kak Aniss sudah ketawa berdekah-dekah. Aku hanya tersengeh lebar. Ni lah yang buat aku makin tak sabar nak jumpa budak ‘baik’ tu. Nak tengok setara mana baiknya sampai keluargaku dah terpengaruh. Ni tak boleh jadi!

“Dah,jom makan. Kalau berborak macam ni sampai esok pun belum tentu habis.”ujar papa menamatkan sesi perbualan tentang si budak ‘baik’ tu.
……………………

Aku meletakkan fail di atas meja. Kerja sebagai setiausaha ni memang banyak hal. Nasib baiklah bos aku tak cerewet mana. Aku membetulkan tudung di kepala. Tiup-tiup sikit biar muka tudung tu elok.

“Dah cantik dah cik Adelia oi.”ujar teman baikku. Aku hanya menyengeh.

“Sibuk je kau ni. Tak ada kerja ke?”aku memandang Dania yang cantik berbaju kurung ungu muda.

“Ada. Ada banyak. Tapi, untuk pengetahuan cik Adelia yang cantik manis sekarang ini adalah waktu untuk mentekadarah.”

Aku lantas melihat jam di pergelangan tangan. Aah! Dah pukul 1 lah. Patutlah ramai yang dah keluar. Rupanya semua nak pergi lunch. Aku terus mengambil purse dan mengekori Dania yang sudah berjalan ke lif. Waktu tengah tunggu lif,telefon bimbitku berbunyi lantang. Aku tengok skrin. Nombor tak kenal! Malaslah nak layan.

“Angkatlah.”Dania menyiku lenganku.

“Malas. Bukan aku kenal pun.”

Beberapa minit telefonku sudah diam. Aku hanya angkat kening tengok Dania yang tengah tengokku. Sekali lagi telefonku berbunyi lantang. Nombor yang sama!

“Angkatlah. Mana tahu orang yang kau kenal tapi guna nombor lain.”

“Malas betullah. Kau angkatlah.”aku menghulurkan telefon kepada Dania. Dania pun teragak-agak nak angkat. Tahu takut!

“Hello.”perlahan sahaja Dania menjawab panggilan dari telefon bimbitku.

“Saya Dania,kawan Adelia.”Dania memandangku kemudian dia menghulurkan kembali telefon bimbitku.

“Kan aku dah cakap orang yang kau kenal.”rungut Dania.

“Siapa?”

“Nama dia Luqman. Dia tahu nama kau jadi mesti kau kenal dia.”

Luqman!! Budak ‘baik’ tu call aku. Ini berita gempar. Dah nak dekat sebulan baru dia nak call. Aku ajak jumpa pun dia tak nak. Ini memang mengejutkan Adelia Nadhirah!

“Hello.”jawabku dengan sepenuh kesopanan. Kalau ikutkan hati mahu aku sembur. Biar bernanah telinga mamat tu.

“Hello,Adelia.”ucapnya dua patah.

“Ye,saya. Siapa bercakap di sana?”soalku pura-pura tak tahu.

“Saya Luqman. Boleh saya jumpa awak?”

“Luqman mana ni?”sengaja aku bermain tarik tali. Aku ajak keluar tak nak. Sekarang barulah terhegeh-hegeh nak jumpa. Sorrylah!

“Luqman yang bakal jadi suami awak. Faham cik Adelia!”tegas suara lelaki itu. Aku sudah mahu naik angin rasanya.

“Ooh..Luqman anak auntie Latifah ye. Bukan awak busy ke? Ada masa pula nak jumpa sekarang ni?”sindirku. Aku memang suka cari gaduh. Dania sudah menyiku-nyiku lenganku.

“Saya tak ada masa nak call lama-lama ni. Terpulang pada awak nak datang ke tidak. Saya tunggu dekat Restoran Briyani Johor seksyen 13.”talian terus dimatikan. Aku mencerlung memandang telefon bimbitku. Dia letak telefon?? Ini sudah melampau!

“Kenapa ni? Kau okey ke tak?”Dania sudah cuak melihat mukaku merah.

“Memang dia ni nak kenalah. Memang tak beradab langsung. Macam manalah mama dengan papa boleh cakap yang dia ni baik. Aku rasa nak tumbuk-tumbuk mamat ni.”aku sudah mengepal penumbuk. Geramnya!

“Sabar wei. Risau aku tengok kau ni. Janganlah sampai nak bertumbuk-tumbuk. Kau tu perempuan. Ni ke Luqman yang nak dikahwinkan dengan kau tu?”

“Yalah. Inilah mamat mangkuk ayun bajet baik yang aku cerita tu. Dia boleh pula matikan talian tadi. Huh!angin betul aku dibuatnya. Belum kahwin lagi tapi dah macam nak mengongkong. Apa kes ni.”ujarku geram.

“Dah-dahlah tu. Relax okey. Kita nak makan dekat mana ni?”Dania cuba meredakan kemarahanku yang dah macam gunung berapi nak meletus.

“Makan dekat kedai bawah ni jelah. Aku dah tak ada mood nak makan jauh-jauh.”putusku. Pasal Luqman,biar dia tunggu aku dekat restoran tu. Malas aku nak pergi. Dahlah jauh, suka suki dia pula nak buat keputusan.

Dania hanya mengikut. Lepas makan kami kembali menyiapkan kerja. Aku keluar pejabat pukul 5 lebih. Sampai dekat-dekat pukul 6 petang. Lepas mandi dan bersolat maghrib aku terus tertidur. Hal pasal Luqman tu aku buat tak tahu je. Buat macam dia tak pernah call. Aku tersedar balik dalam pukul 11. Solat isyak dan masa tu barulah sibuk nak mencari makanan. Selalu mama ada tinggalkan lauk bawah tudung saji.

Bila dah kenyang aku naik semula ke bilik. Baru nak lelap telefon bimbitku berbunyi lantang. Nombor siang tadi tertera di skrin. Luqmanlah,siapa lagi. Mengikutkan perasaan tak puas hati aku siang tadi,aku terus matikan phone. Huh! Lega dan damai.

“Adelia! Adelia! Tak bangun lagi ke?”pintu bilikku diketuk beberapa kali.

Aku terpisat-pisat bangun. Dah pukul berapa ni? Aku ambil phone nak tengok jam tapi skrin phoneku gelap je. Oh,lupa. Semalam aku tutup sebab tak nak diganggu oleh seekor langau gergasi. Butang on aku tekan. Jam di skrin phone dipandangku.

‘Dah pukul 10 rupanya.’bisikku perlahan.

“Ha! Pukul 10!”jeritku sambil berlari mengambil tuala dan terus membuka pintu bilik. Wajah mama yang bingung terpapar di hadapan mata.

“Kenapa mama tak kejutkan orang. Dah lambat ni.”

“Tak kejutkan apanya. Pintu ni dah macam nak roboh mama ketuk. Kamu tu yang liat sangat nak bangun.”aku hanya tersengeh malu.

“Orang pergi mandi dulu ye.”aku terus berlari ke bilik air. Mama sudah menggelengkan kepala.

Lepas bersiap ala kadar aku terus pergi pejabat. Haraplah bos aku tak masuk pejabat hari ni. Hish! Betulkan niat cik Adelia oi. Tak baik. Aku kira selamatlah sebab ini first time datang lambat. Nasib baik bosku seorang yang mengerti. Ini semua salah Luqman!

“Lambat balik Adelia. Banyak kerja ke?”soal mama ketika aku melabuhkan punggung di sofa.

“Aah..banyak sangat kerja nak kena siapkan. Mama masak apa? Orang lapar ni.”

“Mama goreng ayam rempah dengan sayur kailan ikan masin. Pergi naik mandi. Lepas maghrib kita makan sama-sama.”aku hanya menurut.

Lepas makan kami sekeluarga duduk lepak-lepak dekat ruang tamu. Mama datang dan menepuk pahaku perlahan. Tidak lama kemudian mama terus memelukku. Apa kes ni? Papa dan kak Aniss juga sudah tersenyum-senyum. Hari ni hari senyum sedunia ke? Kenapa aku tak tahu pula?

“Terima kasih Adelia. Mama tahu yang kamu memang anak yang baik.”ceria suara mama. 

Lagilah aku bingung. Mama isytiharkan aku anak yang baik? Ini berita gempar! Apa yang aku dah buat?

“Mama ni kenapa?”soalku sambil pandang muka mama.

“Auntie Latifah dengan uncle Hamdan datang siang tadi. Mereka masuk meminang kamu. Mereka kata,Luqman beritahu yang kamu dengan Luqman dah berbincang dan setuju kalau tunang dan nikah sekaligus hujung bulan ni. Mama gembira sangat. Terima kasih sayang.”sekali lagi mama memelukku. Aku sudah terpinga-pinga.

‘Masa bila aku jumpa Luqman dan berbincang pasal hal ni?’soalku sendiri. Hati dah mula cuak.

“Nanti kamu nak baju dan pelamin warna apa? Esok mama dengan auntie Latifah nak pergi butik. Tak sabarnya nak tengok kamu kahwin.”mama sudah ghairah bercerita itu dan ini.

Dari baju ke pelamin. Dari pelamin ke kad kahwin. Aku yang baru nak cakap hal sebenar terbantut. Keceriaan mama membuatku berfikir beratus kali untuk berterus terang atau tidak.

‘Aku juga dah setuju dulu. Takkan nak batalkan pula. Tapi,yang buat gua geramnya,Luqman si mangkuk ayun tu pergi buat cerita siapa suruh. Pandai-pandai pergi cakap yang nak tunang dan nikah hujung bulan ni. Gila apa mamat tu! Aku jumpa dia pun belum pernah. Ini mesti kes nak balas dendam sebab aku tak jumpa dia dulu. Siaplah kau Luqman!’aku sudah menahan marah di dalam hati.

“Kak Aniss tak sangka yang Adelia akan kahwin dulu.”kak Aniss sudah duduk di sisiku. Aku hanya tersenyum tawar.

“Dalam diam dah rancang dengan Luqman tu rupanya. Tapi,kenapa cepat sangat?”

“Adelia pun tak taulah. Ini semua keputusan Luqman.”jawabku perlahan. Dengan aku-aku sekali jadi kaki menipu.

“Agaknya dia dah tak sabar sangat nak kahwin kot. Sebab tu nak nikah cepat.”gurau kak Aniss. Aku ketawa kuat. Agaknya betullah kata kak Aniss tu. Aku rasa tak ada orang nak dekat lelaki macam Luqman tu. Mesti tak laku!
……………………..

Sekarang lelaki tak laku tu dah sah jadi suami aku! Mama!!help me mama. Aku tak tengok lagi muka dia. Aku dengar suara baru. Aku yang tengah tunggu pengantin lelaki nak batalkan air sembahyang sudah terasa panas punggung. Mama dengan auntie Latifah pula dari tadi tersenyum lebar.

Luqman datang menghampiri. Aku dah gabra gila-gila ni. Kepalaku menunduk je. Dia menghulurkan tangan nak menyarungkan cincin ke jari manisku. Dengan penuh keberanian aku hulurkan tangan. Aku dapat rasa tangan Luqman tu sejuk. Ait! Dia pun gabra juga ke? Time aku pula sarungkan cincin ke jarinya. Lepas tu aku salam tangan dia. Lamalah juga sebab ada yang menggatal sangat nak ambil gambar. Sekarang dia pula cium dahiku. Masa nilah baru aku tengok rupa lelaki yang dah jadi suami aku. Terpana kejap! Mak ai,handsomenya! Dahlah tinggi macam model. Betul ke ni Luqman? Adelia,Adelia! Calm down. Jangan buat malu dekat sini. Memang aku rasa nak luku jurukamera ni. Kenapa lama sangat nak ambil gambar pun. Aku rasa muka aku dah merah gila-gila ni sebab lama sangat dia cium dahiku. Lepas tu kami bersalam dengan semua.

“Muka kau merah wei.”Dania bersuara perlahan. Aku terus memegang kedua belah pipiku. Malunya! Masa tu Luqman dah pergi mana entah.

“Handsomenya laki kau.”puji Dania pula.

“Hmm..”hanya itu yang mampu aku jawab. Hati dah rasa macam nak terkeluar. Aku dah tak senang duduk sekarang ni.

Dah dekat seminggu kami kahwin. Aku boleh kira berapa patah je kami bercakap berdua. Kalau dalam bilik dua-dua diam. Buat hal sendiri. Yang aku pelik,bila dengan mama,papa dan kak Aniss banyak pula perkataan yang dia cakap. Tak apalah! Aku pun bukannya nak bercakap dengan dia sangat.

“Luqman dengan Adelia nak pindah bila?”soal mama ketika kami tengah makan malam. Aku hanya terpana! Siapa yang nak pindah?

“Kalau mama dan papa tak keberatan,rancangannya esok sebab saya dah mula kerja Isnin ni.”ujar Luqman.

Papa dan mama hanya mengangguk-ngangguk. Aku hanya pandang muka Luqman. Apa semua ni? Bila masa aku setuju nak pindah?

“Kenapa awak tak cakap yang kita nak pindah?”serangku ketika kami masuk ke bilik.

Luqman hanya memandangku sekilas dan terus berlalu ke katil. Aku membulatkan biji mata. Dia sedap-sedap melanding atas katil. Macam aku ni tak wujud!

“Awak ni kenapa? Kalau saya tanya tu jawablah. Awak jangan nak buat tak endah je.”marahku.

Luqman masih buat bodoh. Sakitnya hatiku hanya Tuhan yang tahu. Dia boleh siap tarik selimut nak tidur. Aku mengetap bibir geram. Inilah perangai Luqman yang paling aku benci! Kalau aku tanya dia bukan nak jawab. Ada emas ke dalam mulut tu?

“Awak! Saya tanya ni jawablah. Awak jangan nak buat macam saya tak wujud dekat sini. Saya ni isteri awak tahu!”marahku meluap-luap. Sakit hati dengan perangai cool Luqman tu. Aku rasa macam air mataku nak mengalir je.

Luqman angkat kepala. Mungkin dirasakan yang aku menganggu tidurnya. Aku tak peduli! Hal ni mesti diselesaikan hari ni juga. Kenapa dia benci sangat dengan aku?

“Awak jangan bising boleh tak. Saya mengantuk ni.”ujar Luqman selamba.

“Argh!!”jeritku sambil mencapai bantal dan memukul-mukul badan Luqman. Aku benci! Aku benci sebab aku dah mula sayang dia! Luqman cuba menahan tapi aku tetap pukul. Aku sakit hati sebab dia layan aku endah tak endah je.

“Awak ni kenapa?”marah Luqman pula. Bantal ditanganku dirampas. Aku sudah terduduk di atas tilam sambil menangis. Cuak juga muka Luqman bila aku menangis. Tersengguk-sengguk aku menangis.

“Kenapa awak benci sangat dengan saya?”soalku dalam tangisan.

“Mana ada.”

“Kalau tak benci,kenapa awak tak nak bercakap dengan saya?”

Luqman hanya diam. Inilah yang aku tak suka!

“Saya tak benci awak. Awak tu yang bencikan saya sebenarnya kan?”soal Luqman pula.

“Mana ada. Sebelum kahwin dulu memang saya tak suka awak sebab bila saya nak jumpa je awak sibuk. Call saya pun tidak.”jujurku memberitahu.

Luqman tersenyum. Itu kali pertama aku melihat dia tersenyum ikhlas buatku. Argh!! Makin handsome pula suami aku ni.

“Dulu tu saya sibuklah. Banyak kerja nak kena siapkan sebelum saya cuti kahwin ni.”Luqman bersuara masih dengan senyuman di bibir.

“Sibuk dengan girlfriend lah tu.”aku pura-pura merajuk. Senang dapat berbual dengan Luqman macam ni.

“Tak adalah. Saya mana ada girlfriend. Serius,saya sibuk kerja. Nanti naik kerja Isnin ni mesti saya lagi sibuk. Selalulah awak kena tinggal nanti.”

“Kena tinggal? Awak nak ke mana? Awak ni kerja apa sebenarnya?”soalku curiga. Belum apa-apa dia dah nak tinggalkan aku.

“Mama dengan papa tak beritahu awak ke saya kerja apa?”

“Kalau tahu taklah saya tanya ni.”ujarku geram.

“Saya pemandu burung besi.”Luqman tersenyum lebar melihat aku yang agak tercengang.

“Burung besi? Bukan kapal terbang ke?”ujarku sendiri. Mataku membulat memandang Luqman.

“Awak pilot ke?”soalku teruja. Luqman hanya mengangguk.

“Kalau macam tu mesti ramai pramugari yang minat dekat awak kan?”

“Ramailah juga. Tapi mereka je minat dekat saya,saya tak minat pun.”

“Yalah tu. Pramugarikan cantik-cantik belaka. Takkan awak tak minat langsung?”

“Tak. Kalau saya minat mereka buat apa saya setuju nak kahwin dengan awak.”Luqman mencuit hidungku. Rasa bahagia bila dia buat macam tu.

“Apa sebab awak setuju nak kahwin dengan saya?”soalku pada Luqman. Dah lama aku nak tahu benda ni.

“Entah. Bila first time saya tengok gambar awak saya terus setuju nak kahwin. Bila saya tengok pula mama dan papa awak macam mana,lagilah firasat saya kuat mengatakan yang keputusan untuk berkahwin dengan awak tu tepat. Kan dalam Al-Quran juga menyatakan. Kalau nak cari calon isteri tengok 4 perkara. Agamanya,Hartanya,Keturunannya dan Kecantikannya.”

Tersentuh aku dengar Luqman cakap macam tu. Dulu aku punyalah mengutuk mamat ni. Ternyata kata-kata mama dan papa betul. Luqman ni memang seorang yang baik. Bersyukurnya aku dapat suami yang macam ni.

“Saya nak minta maaf pada awak. Dulu saya selalu mengutuk awak.”aku bersuara perlahan.

“Saya tahu. Kak Aniss dah cerita semuanya. Tapi tak apa. Saya tak kisah pun.”

Aku tersenyum malu. Entah apalah yang kak Aniss dah cerita pada Luqman ni. Muka suamiku dipandang lama. Dia ni tak lah annoying sangat. Kalau bercakap tu okey je.

“Sebenarnya,sejak majlis pembatalan air sembahyang dulu,saya dah jatuh cinta pada awak.”ujar Luqman romantis. Dia juga sudah memandangku. Hanya mata yang berbicara antara kami.

“Errmm..saya pun sama. Sebenarnya masa tu first time saya tengok muka awak.”malu-malu aku bersuara. Tapi tak apalah,suami sendiri kan. Kalau tak cakap rugi pula nanti.

“Saya tahu. Sebab tu muka awak merahkan masa tu.”Luqman sekali lagi mencuit hidungku.

“Nampak sangat ke merahnya?”

“Bolehlah. Kalau bandingkan muka awak masa tu dengan udang yang kena bakar,merah lagi muka awak.”

Aku pantas mencubit lengan Luqman. Kurang asam betul! Luqman sudah terjerit sakit. Tiba-tiba pintu bilik kami diketuk. Aku cepat sahaja pergi buka. Wajah mama terjojol di muka pintu.

“Kenapa Luqman terjerit tu? Tadi pun mama dengar bising je.”

“Tak ada apalah mama.”mukaku sudah merah. Tak sangka mama dengar.

“Adelia ni ganas sangatlah mama. Habis sakit badan Luqman dia kerjakan.”ujar Luqman tiba-tiba. Dia sudah memeluk pinggangku. Mama ketawa senang. Bahu Luqman ditepuk-tepuk.

“Kalau macam tu cepatlah kami dapat cucu.”ujar mama dan terus berlalu.

Aku menjegilkan mata ke arah Luqman. Tak senonoh betullah mamat ni. Suami siapalah!

“Kenapa cakap macam tu dekat mama? Malulah.”

“Cakap apa? Saya cuma cakap yang awak ni ganas. Yelah,tengok tadi awak cubit saya dan pukul saya dengan bantal. Tak ke ganas tu.”

“Awak tahu tak yang mama fikir benda lain tadi?”mukaku sudah merah.

“Fikir apa pula ni.”Luqman garu kepala. Kemudian dia tersenyum.

“Yang pasal cepat dapat cucu tu ye. Kalau macam tu jomlah kita merealisasikan harapan ibu bapa kita tu.”Luqman sudah menarikku. Pintu bilik di tutup. Aku hanya menggeleng melihat gelagat Luqman.

“Saya nak anak ramai tau.”ujar Luqman lagi. Aku mengetap bibir.

“Awak ingat saya ni kilang buat anak ke?”ujarku geram.

“Aah..”selamba Luqman menjawab.

Sekali lagi aku mencubit lengannya. Eee..geramnya aku dengan Luqman ni! Tapi,geram-geram pun sayang. Siapa tak sayang suamikan.