INDAHNYA DIRI SAYA :)

My photo
Kuala Lipis, Pahang, Malaysia
Siapa saya?nama saya yang tertera diatas...jadi saya nak ucap terima kasih kepada awak yang sudi menghabiskan masa untuk membaca semua isi kandungan blog saya.awak memang budak baik!!!heheh...tapi lepas ni,jangan segan untuk berkunjung lagi..insyaallah pasti kita akan tetap bertemu... :)

Friday 10 February 2012

Saya Harap Awak Tahu.....









empat perkara saya terima daripada awak:
awak kata kalau saya nak jadi isteri awak,
1. perlu ada keizinan daripada isteri pertama
2. perlu ade restu daripada 2 pihak family,
3. taat kepada allah,suami dan tidak mencintai awak terlalu dalam,sampai sanggup melakukan perkara diluar batasan bila ketiadaan awak nanti.
4. awak nak saya kuruskan badan saya..


empat perkara yang saya nak awak tahu:
1. saya nak awak cintai saya kerana Allah,dengan menerima segala kekurangan yang ade pada saya,kerana saya tahu jika satu hari saya dicintai oleh awak kerana ape yang saya ade ketika itu,saya pasti bila segalanya hilang,awak bakal tinggalkan saya.
2. saya tak kisah kalau diri saya dimadukan,tapi saya nak awak adil dan saksama dengan segala tindakan awak,termasuk segala yang harus awak berikan ,dan langsung tidak ade pilih kasih dalam kedua belah pihak,adil termasuklah awak tidak boleh menghalang saya untuk meneruskan segala hal2 yang menjadi kewajipan saya termasuklah segala urusan syarikat,walaupun kite dari bawah bumbung syarikat yang sama.
3. saya nak awak menghormati family saya dan tidak berlaku bongkak atau sebaliknya,dan segala masalah yang timbul adalah menjadi tanggungjawab bersama tanpa melhat dari sudut mana masalah itu timbul,dan tidak boleh sama sekali menimbulkan masalah yang sengaja di wujudkan.
4. awak bukan sekadar suami saya tapi boleh memainkan pelbagai peranan dalam 1 masa dan 1 situasi ,temasuklah sebagai kekasih,sahabat,rakan kongsi,yang boleh bersama saya untuk menjadi pelindung dan pemimpin,dan saya merasakan selamat bila berada disamping awak,dan saya nak awak tidak sesekali berpaling dan meninggalkan saya tanpa sebab yang kukuh..


insyaallah,saya akan ikut pemintaan awak,
tapi,awak perlu tahu bahawa saya adalah seorang wanita yang juga mempunyai hati dan perasaan,saya harap awak hadir dan tidak untuk menyakiti hati saya ,walaupun sedetik,
namun,
jika segala ketetapan akan berubah mengikut takdir ilahi,
berserahlah,kerana poligami itu tidak salah,tapi tidak ada yang mampu menerima jika masih ada kaum adam yang tidak melihat poligami itu secara adil...
saya harap awak paham ape yang cube saya jelaskan,
sememangnya kemungkinan semua ini bakal berlaku lebih daripada 3 tahun akan datang,dalam masa 3 minit pun segalanya bakal berubah,inikan pula 3 tahun yang cukup lama,
perubahan ke jalan Allah itu adalah jihad
dan tak salah jika kita berjihad ke jalan Allah(fi sabilillah)
tapi izinkan saya 'berehat' seketika sebelum saya meneruskan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri....